Wednesday, December 10, 2008

Mengelakkan fail umpan dan lain-lain

Virus perlu menjangkiti perumah untuk merebak. Dalam sesetengah kes, penjangkitan atur cara perumah bukannya suatu cara yang baik kerana banyak atur cara anti-virus menyemak kewibawaan kod sendiri. Oleh itu, menjangkiti atur cara sedemikian akan menaikkan kemungkinannya untuk dikesan. Atas alasan ini, sesetengah virus diprogramkan supaya tidak akan menjangkiti atur cara yang merupakan sebahagian perisian anti-virus.

Lagi sejenis perumah yang virus kekadang akan mengelakkan ialah fail umpan (atau fail kambing). Fail umpan ialah fail yang dicipta khusus oleh perisian anti-virus atau oleh pencipta perisian anti-virus semata-mata untuk dijangkiti oleh virus. Fail-fail ini dicipta atas berbagai-bagai alasan, dengan kesemuanya berkait dengan pengesanan virus. Para pencipta perisian anti-virus boleh menggunakan fail umpan untuk:

* Mengambil sampel virus, iaitu salinan fail atur cara yang dijangkiti oleh virus. Menukarkan sebuah fail umpan terjangkit yang kecil adalah lebih praktik, berbanding dengan menukarkan sebuah atur cara penggunaan terjangkit yang besar.
* Mengkaji tindakan virus dan menilai kaedah-kaedah pengesanan. Ini adalah amat berguna apabila virus itu bersifat polimorf. Dalam kes ini, perisian anti-virus boleh membuat virus itu menjangkiti sebilangan besar fail umpan. Fail-fail yang terjangkit boleh digunakan untuk menguji tentang adakah pengimbas virus berkesan terhadap semua versi virus itu.
* Mencetuskan perisian anti-virus supaya memberikan amaran kepada pengguna bahawa sistem komputernya mungkin dijangkiti oleh virus apabila fail-fail umpan diubah.

Oleh sebab fail-fail umpan digunakan untuk mengesan virus atau untuk memungkinkan pengesanan, sesebuah virus boleh memanfaatkan diri jika ia tidak menjangkiti fail-fail tersebut. Virus biasanya berbuat sedemikian dengan mengelakkan atur-atur cara yang menimbulkan kesangsian, seperti fail atur cara yang kecil atau atur cara yang mengandungi pola 'arahan sampah' yang tertentu.

Salah satu strategi yang digunakan oleh virus komputer untuk menjadikan fail umpan tidak berkesan ialah penjangkitan jarang. Penjangkit jarang kekadang tidak menjangkiti fail perumah yang merupakan calon yang sesuai dalam keadaan-keadaan yang lain. Umpamanya, virus boleh memutuskan secara rawak tentang adakah ia hendak menjangkiti sesuatu fail atau tidak. Sebaliknya, sesetengah virus hanya boleh menjangkiti fail perumah pada hari-hari yang tertentu dalam setiap minggu.

No comments:

Post a Comment