Wednesday, December 10, 2008

Strategi penyalinan

Supaya dapat menyalin diri, virus harus dibenarkan untuk melaksanakan kodnya dan menulis pada ingatan. Atas alasan ini, banyak virus melekat pada fail boleh laku yang merupakan sebahagian atur cara yang sah. Jika seseorang pengguna mencuba melaksanakan atur cara yang terjangkit, kod virus akan dilaksanakan lebih dahulu.

Virus-virus boleh dibahagikan kepada dua jenis, bersandarkan tindakannya apabila dilaksanakan:

* Virus bukan huni dengan serta-merta akan mencari-cari perumah yang lain yang boleh dijangkiti dan selepas menjangkitinya, akan memindahkan kawalan kepada atur-atur cara penggunaan yang terjangkit.
* Virus huni tidak mencari perumah apabila ia dilaksanakan tetapi sebaliknya, memuat diri ke dalam ingatan dan memindahkan kawalannya kepada atur cara perumah. Virus huni masih tetap aktif di latar belakang dan akan menjangkiti perumah-perumah yang baru apabila fail-fail itu dicapai oleh atur cara yang lain atau oleh sistem pengendalian pada dirinya.

No comments:

Post a Comment